Thursday, 22 November 2012

Fast Track dimansuhkan ?

http://www.facebook.com/DatoSahol

Asalamualaikum.
May peace be upon you.

Yeah. Seperti yang digembar-gemburkan tika dan saat ini. FAST TRACK DIMANSUHKAN !
Seriously. Masa aku baca je status ni. hati aku pecah bak kaca ditendang monyet.

Sebenarnya aku bukan baru tau benda ni. Sebab sebelum ni aku ada call pihak UiTM Shah Alam sebab nak tanya kenapa result untuk fast track tak keluar-keluar lagi padahal result final exam dah lama keluar.
Dan dengan kecewanya aku mendengar dia cakap

"Maaf cik. fast track dah dimansuhkan."

Aku tak tau macam mana nak meraung lagi. Padahal permohonan dah dibuat kot. Bukan tu je. Segala plan pun dah baik punya aku rancang. At last, ini yang jadi?

Aku tahu bukan aku seorang je yang kena macam ni. Beratus-ratus or maybe thousands lagi manusia yang kecewa dengan keputusan pihak UiTM sebab memansuhkan fast track ni. Yang aku tak boleh blah bila reason fast track dimansuhkan sebab kurangnya permintaan. Oohh. Come on la. Reason tu tak boleh pakai langsung. Antara ramai atau tidak yang memohon, itu hak pelajar. Kami ada plan hidup kami masing-masing. Setiap antara kami ada jalan hidup sendiri. Dan kalau ye pon lah fast track ni nak dimansuhkan, kenapa semester ini? Kenapa mesti lepas kami semua ni buat application?

At least, kalau nak mansuhkan, biarlah sebelum kami ni semua buat permohonan wahai tuan-tuan pihak UiTM. Maka. tidaklah kami hancur lebur dan berkecai segala plan yang kami telah siap sediakan.

Aku pasti. Mesti budak-budak yang memohon ni ada rugi something lah yang diaorang dah plan. Tak banyak pon mesti ada sikit.

Aku nak cakap panjang lebar meleter pon dah tak larat dah.

Sekarang ini aku cuma berserah dah tawakal pada Allah. Aku tahu rancangan Allah jauh lebih hebat daripada rancangan aku. Segala-galanya engkau yang tentukan Ya Allah. Cuma aku mohon Ya Allah, sentiasalah engkau tujukan aku kejalan yang lurus dan benar dan jadikanlah aku antara orang-orang yang mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.

Kat sini aku ada selitkan beberapa komen-komen yang aku rasa patut di ambil sebagai pandangan dan panduan.









Walau apapun, mesti ada reason di sebalik semua ini.

Tak pe, tenangkan fikiran, meh baca ni.

Sila baca penjelasan Prof Azni TNC Akademik. 

Azni Zain Ahmed Salam semua. saya ingin menjawab bagi pihak Senat UiTM. Pada mulanya program penerapan telah diwujudkan supaya lebih ramai lagi graduan berkelayakan ijazah untuk memasuki pasaran dengan masa yang lebih pendek. Mereka dari diploma semester 3 diserap ke degree semester 2 atau 3. Kemudian mereka tidak dapat meneruskan program dengan baik 
kerana asas mereka belum lagi kukuh. Kemudian pihak fakulti tidak benarkan lagi penerapan berlaku di semester 2 atau 3 dan pelajar ini perlu memasuki degree semester 1. Kebelakangan ini didapati prestasi pelajar merosot dan ada juga yang kena "dismissed". Ditambah pula anjakan semester yang mengakibatkan kemasukan diploma dan degree pada bulan yang berbeza. Pihak HEA telah mebuat kajian dan didapati bahawa cuti yang panjang sebelum masuk ke degree menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar.Apabila mereka bergraduat kelak perbezaan antara pelajar normal dan pelajar penerapan jarak masa bergraduat tidak jauh beza. Oleh itu pihak Senat telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan lagi program penerapan. Untungnya pelajar program biasa adalah: mereka akan menerima dua sijil; diploma dan degree dan juga boleh memilih program lain atau bekerja dahulu selepas diploma. Mereka yang bertungkus lumus untuk mendapat CGPA yang tinggi pun tidak akan rugi kerana mereka mempunyai lebih peluang untuk diberi tempat dan mendapat program degree yang diminati. Makluman tidak diberi lebih awal adalah kerana masaalah teknikal. Bagi pelajar yang telah membeli nombor pin, sebarang bayaran akan dipulangkan kepada mereka.


No comments:

Post a Comment